STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Resepi spaghetti meatball

Menu

Friday, October 21, 2016

Resepi spaghetti meatball



Resepi spaghetti meatball


Resepi spaghetti meatball



Bahan- Bahan 

1 paket instant spaghetti San Remo
Sos spaghetti adabi original
1 tin cendawan butang * potong kecil
1 biji buah tomato *potong dadu kecil2
meatball
daging kisar
bawang besar *cincang halus
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
cili kisar 2-3 sudu
air masak secukupnya


Cara- cara untuk membuat sos

1. Basuh meatball dan daging kisar
2. Rebus meatball dan daging kisar hingga masak,toskan dan ketepikan
3. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dicincang halus bersama cili kisar
4. Setelah naik bau, masukkan daging kisar dan meatball, kacau seketika
5. Masukkan pula cendawan butang yang dipotong bersama sos spaghetti adabi.
6. Masukkan sedikit air masak supaya tidak terlalu pekat.
7. Perlahan api, dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sesekali kacau sos dgn menggunakan senduk kayu..supaya sos dibawah tidak melekat.
9. Stelah masak,tutup api dan boleh dihidangkan bersama spaghetti.. 

Cara- cara untuk menyediakan instant spaghetti 

1. Didihkan air di dalam kuali besar
2. Masukkan sesudu minyak masak ke dalam air
3. Masukkan instant spaghetti san remo
4. setelah masak, angkat dan toskan 
5. Siap,, 

selamat mencuba :)



my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan