STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Resepi Nasi Minyak

Menu

Friday, October 21, 2016

Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak



Bahan- bahan
----------------
3 cawan* nasi ( beras biasa )
3 cawan* air
1 cawan* susu cair 
( guna sukatan cawan* yg sama )

3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar planta
bawang merah * mayang halus
rempah penumis 
- ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang,cengkih )- beli yg dah siap 1 paket
1 kiub ayam
garam secukup rasa
daun pandan - simpul
pewarna kuning dan hijau

Cara-cara
------------
1. Basuh beras dan toskan, ketepikan seketika
2. Panaskan periuk atsa api biasa
3. Masukkan minyak sapi dan mentega hingga cair
4. Tumiskan bawang merah, rempah penumis, kiub ayam dan daun pandan
3. Setelah naik bau, masukkan air dan susu cair serta garam secukup rasa
( rasa biar masin di lidah ).
4. Masukkan beras , guna api sedehana shje..sskli kacau dengan senduk kayu supaya beras xmelekat bhgian bawah.
5. Tunggu hingga beras dah nampak macam nasi, kemudian tutup api, pindahkan kedalam periuk eletrik, tekan cook.
6. Tunggu hingga nasi minyak  masak, barulah titiskan pewarna, biarkan dalam 5 minit, kemudian kacau nasi bebrapa kali dgn perlahan.
7. Tunggu hingga nasi masak sepenuhnya, walaupun periuk eletrik dah naik keep warm, biarkan 
seketika, jangan off plug..biarkan panas lama skit..
8. Siap sedia dimakan bersama ayam masak merah dan acar ..mmg superb :) hehe..

selamat mencuba : jom tgok gmbr dibawah dan ada resepi acar sekali


Resepi Nasi Minyak


Resepi Nasi Minyak
panaskan minyak sapi dan mentega hingga cair


Resepi Nasi Minyak
tumis bwg mearh, rempah penumis , daun pandan dan kiub ayam


Resepi Nasi Minyak
sesekali kacau bahagian bawah supaya nasi tak melekat


Resepi Nasi Minyak
nasi minyak hampir masak, boleh pindahkan masuk ke dlm periuk eletrik

Resepi Nasi Minyak
done..siap untuk dimakan


Resepi Nasi Minyak
Acar



Resepi Untuk acar
----------------------

Timun *potong pnjg halus
lobak *potong pnjg halus
cili merah/ hijau *mayang
2 sudu gula
secubit garam
cuka ikut citarasa, nak masam letak bnyk
sedikit air panas

- Masukkan sedikit air panas dlm mangkuk, letak gula, garam dan cuka. Biar rasa masam manis
- Masukkan pula timun, lobak dan cili merah tadi, gaul hingga sekata.
- siap


my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan