STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Resepi kuih cara

Menu

Friday, October 21, 2016

Resepi kuih cara


Resepi kuih cara



Bahan -bahan

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya
Garam secukup rasa ( nak bagi lemak masin )
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
Pewarna hijau

Cara - cara membuat :

1. Bersihkan daun pandan, potong dan kisar bersama santan.
2. Tapiskan dan masukkan kedalam bekas.
3, Satukan tepung gandum, telur dan santan tadi sekali di dalam bekas
* sy guna santan kotak.
4. Masukkan sedikit garam, biar rasa lemak2 masin
5. Gaulkan adunan tadi biar sekata, kemudian masukkan kedalam blender 
6. Titiskan sedkit pewarna sebelum blend adunan
7. Blend adunan hingga sekata. Klau adunan pekat boleh tambah sedikit air masak, 
saya buat adunan tak terlalu pekat supaya kuih tak keras.
8. Dah siap blend, tuangkan adunan kedalam jag air yg sederhana, yg ada muncung untuk memudahkan kerja menuang aduanan ke dalam acuan. Ketepikan seketika.
9. Ambil 2 daun helai pandan potong bagi pendek, lipat 2 kemudian ikat dgn getah.
ambil mangkuk kecil , isikan beberapa sudu minyak. step ini  untuk memudahkan menyapu minyak ke dalam bekas acuan. Setiap kali nak tuang adunan ke dalam acuan , pastikan sapu minyak terlebih dahulu.
10. Panasakn acuan dengan api kecil, sapukan minyak, biar dalam 30 saat, tuangkan adunan, jgn terlalu penuh, kemudian biarkan adunan dlm 5 saat masukkan gula diatasnya * saya masukkan 1 sudu kecil gula setiap acuan. Tutup permukaan acuan dgn tudung periuk , setelah kuih dah nampak warna hijau pucat dan tidak melekat bila disentuh, boleh keluarkan adunan dari acuan, sy guna pisau dan sudu. 

Selamat mencuba, jom tengok gambar dibwah..


Resepi kuih cara
bahan - bahan

Resepi kuih cara
masukkan adunan ke dlm acuan

Resepi kuih cara
masukkan gula

Resepi kuih cara
dah masukkan gula tutup dgn penutup periuk, dan tunggu hingga
kuih masak sepenuhnya, cth seperti dalam pinggan putih tu

Resepi kuih cara
tadaa.. dah siap..boleh letak macam ni..hehe
siap untuk di makan

silakan copy dan share


my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan