STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Resepi kuih cara berlauk

Menu

Friday, October 21, 2016

Resepi kuih cara berlauk



Resepi kuih cara berlauk


Bahan - bahan untuk inti:

 semangkuk kecil daging kisar 
 2 sudu serbuk kari
1/2 biji bawang besar *mayang halus
sebiji bawang putih  *mayang halus
sedikit sebuk lada hitam
garam dan perasa/ kiub pati ayam maggi


Bahan -bahan  adunan kuih cara:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
Garam secukup rasa ( nak bagi lemak masin )
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
Pewarna kuning


Bahan hiasan:

cili merah * potong halus
sy guna cili hijau sbb merah xde ..hee

Cara - cara penyediaan :

1. Untuk inti , panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga kekuningan , masukkan rempah kari dan sedikit air masak , tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam , kacau hingga kering air dan perasakan bersama garam dan kiub ayam .
2. Ok dah siap inti ketepikan seketika 
3, Satukan tepung gandum, telur dan santan tadi sekali di dalam bekas
* sy guna santan kotak.
4. Masukkan sedikit garam, biar rasa lemak2 masin
5. Gaulkan adunan tadi biar sekata, kemudian masukkan kedalam blender 
6. Titiskan sedkit pewarna kuning sebelum blend adunan
7. Blend adunan hingga sekata. Klau adunan pekat boleh tambah sedikit air masak, 
saya buat adunan tak terlalu pekat supaya kuih tak keras.
8. Dah siap blend, tuangkan adunan kedalam jag air yg sederhana, yg ada muncung untuk memudahkan kerja menuang aduanan ke dalam acuan. Ketepikan seketika.
9. Ambil 2 daun helai pandan potong bagi pendek, lipat 2 kemudian ikat dgn getah.
ambil mangkuk kecil , isikan beberapa sudu minyak. step ini  untuk memudahkan menyapu minyak ke dalam bekas acuan. Setiap kali nak tuang adunan ke dalam acuan , pastikan sapu minyak terlebih dahulu.
10. Panasakn acuan dengan api kecil, sapukan minyak, biar dalam 30 saat, tuangkan adunan, jgn terlalu penuh, kemudian biarkan adunan dlm 5 saat letakkan inti diatasnya * saya masukkan 1 sudu kecil inti daging setiap acuan dan selepas itu taburan cili merah yg dipotong tadi diatas inti. Tutup permukaan acuan dgn tudung periuk , setelah kuih dah nampak warna kuning pucat dan tidak melekat bila disentuh, boleh keluarkan adunan dari acuan, sy guna pisau dan sudu. 

Selamat mencuba, jom tengok gambar dibwah..


Resepi kuih cara berlauk
bahan-bahan

Resepi kuih cara berlauk
inti daging

Resepi kuih cara berlauk
taburkan inti dan cili potong diatas adunan

Resepi kuih cara berlauk
adunan hampi masak

Resepi kuih cara berlauk
tadaa..dah siap..
yang hijau (manis ) pun ada

Nak resepi kuih cara manis ( color hijau tu ) klik sini

tq singgah sini..selamat mencuba

^_^




my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan