STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Enerlife Jamu Jelita

Menu

Tuesday, October 18, 2016

Enerlife Jamu Jelita


Harga Rm 85.90 whtsapp 0134040411 untuk dapatkan harga less


Harga Rm 85.90 
whtsapp 0134040411 untuk dapatkan harga less



ENERLIFE JAMU JELITA

Enerlife Jamu Jelita merupakan minuman botani yang diperkaya dengan adunan buah manggis, maquiberi, remunggai dan delima khusus untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan anda. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan harian buat seisi keluarga.

Kandungan: 550 ml

KHASIAT ENERLIFE JAMU JELITA

Membantu meningkatkan tahap kecergasan jasmani
Memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah
Memelihara kesihatan organ dalaman seperti buah pinggang, ginjal, hati dan paru-paru
Mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
Menstabilkan tekanan darah
Membantu melancarkan proses penghadaman
Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan anda daripada serangan penyakit
Membantu mempercepatkan pemulihan luka
Membantu mengatasi masalah pernafasan
Menggalakkan penghasilan sel darah merah
Mengatasi penyakit sendi, radang dan ketegangan otot
Mengekalkan tahap kesihatan yang optima bagi seisi keluarga

KANDUNGAN ENERLIFE JAMU JELITA

Air Osmosis Songsang (RO): Air merupakan elemen yang bukan sahaja mampu untuk menghidratkan tubuh badan, malah berupaya menyingkirkan toksin, mengekalkan suhu tubuh, melancarkan proses penghadaman serta mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan mental. Malah, air juga bertindak menghantar nutrien ke seluruh tubuh badan seterusnya membantu menggalakkan fungsi organ dalaman serta meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Fruktosa: Fruktosa merupakan gula yang bersumberkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Ia berfungsi menambah rasa manis di dalam sesuatu produk makanan dan minuman tanpa mengakibatkan peningkatan atau pengurangan tahap gula dalam darah.

Manggis: Buah manggis merupakan tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan, malah mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan. Ia bersifat antioksidan dan mampu membantu mengurangkan risiko serangan kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang.

Maquiberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu, maquiberi juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi bersifat antiradang dan antibakteria di samping berupaya menstabilkan tahap gula di dalam darah.

Remunggai (Moringa Oleifera): Tumbuhan yang bersifat antiradang dan antioksidan ini berupaya menurunkan paras kolestrol seterusnya membantu memelihara sistem kardiovaskular. Malah, ia juga diyakini mampu mengatasi masalah pernafasan, menentang jangkitan kuman dan bakteria yang membawa penyakit serta membantu memulihkan penyakit sendi dan ketegangan otot. Di samping itu, ia juga berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.

Beri Acai: Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan peredaran darah. Selain membantu mengatasi masalah senggugut, Acai berupaya meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan kesuburan dan memelihara deria penglihatan, memperbaiki tona kulit serta meredakan tekanan. Selain itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin yang terkandung di dalamnya.

Blueberi: Blueberi kaya dengan nutrien yang tinggi kandungan antioksidan dari sumber flavonoid serta berupaya melindungi tubuh daripada kerosakan dan serangan kanser. Ia juga mampu mengawal paras kolestrol, menurunkan tekanan darah tinggi, memelihara otot dan melindungi organ jantung daripada serangan penyakit.

Kranberi: Kranberi kaya dengan agen antioksidan seperti resveratol, piceatannol dan pterostilbene yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular dan menstabilkan tekanan darah tinggi seterusnya membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. Malah, ia juga berupaya memelihara sistem penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah jangkitan penyakit.

Hawthornberi: Tumbuhan ini mampu melancarkan proses penghadaman dan memelihara sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, paru-paru, darah, otot dan saluran darah. Ia tinggi kandungan flavonoid, phenol dan tannin yang berupaya mengurangkan tahap kolestrol, menstabilkan tekanan darah, mencegah radang serta melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan serangan penyakit.

Roselle: Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengawal tekanan darah serta menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit. Roselle juga bersifat astringen yang bertindak mengecutkan tisu tubuh seterusnya membantu mengukuhkan sendi.

Delima: Buah delima sering bertindak sebagai penawar dalam rawatan tradisional tradisional bagi membantu mengatasi pelbagai jenis penyakit. Ia kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang mampu menentang radikal bebas seterusnya membantu mencegah penyakit jantung dan proses penuaan. Asid punicic yang merupakan komponen utama buah delima pula mampu menurunkan paras kolestrol, trigyceride dan tekanan darah tinggi. Malah, tumbuhan yang bersifat antiradang ini juga mampu mengurangkan risiko serangan kanser, mengurangkan tekanan, meningkatkan keupayaan mental, melancarkan proses penghadaman serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit.

Perisa Buah-Buahan: Perisa buah-buahan mampu menambahkan kesegaran buat tubuh badan anda.
Fruktooligosakarida: Bahan ini tergolong di dalam kumpulan karbohidrat seperti gula yang boleh terdapat di dalam tumbuhan seperti bawang, gandum dan asparagus. Ia dapat menyingkirkan bakteria yang tidak baik di dalam usus anda seterusnya membantu melancarkan proses pencernaan.
Biji Anggur: Biji anggur yang kaya dengan antioksidan ini terbukti secara klinikal mampu mempercepatkan pemulihan luka, menguatkan tulang, memelihara sistem kardiovaskular serta memelihara keremajaan kulit anda.

Tomato: Tomato yang kaya dengan vitamin C yang bukan sahaja menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan, malah berupaya meningkatkan tahap metabolisme, memperbaiki sel tubuh, membina otot serta mengawal tahap kolestrol dan tekanan darah seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.

Kulit Kayu Pain: Kajian mendapati kulit kayu pain mampu menstabilkan tekanan darah tinggi, menurunkan paras gula di dalam darah serta menstabilkan paras kolestrol sekaligus membantu memelihara kesihatan tubuh badan anda.

Allura Merah (E-129): Sebatian sintetik yang turut dikenali sebagai Allura Red ini berfungsi sebagai bahan pewarna yang menambah warna merah ke dalam produk ini.
Natrium Benzoat: Natrium benzoat atau sodium benzoate bertindak sebagai bahan pengawet bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.

Kalium Sorbat: Kalium sorbat atau turut dikenali sebagai potassium sorbate merupakan sebatian sintetik yang bertindak untuk meningkatkan jangka hayat sesebuah produk tanpa mengubah rasa, bau atau warna produk tersebut. Ia memelihara produk penjagaan kulit daripada pencemaran yang disebabkan oleh kulat dan membolehkan produk ini digunakan untuk tempoh yang lama.

CARA PENGAMBILAN ENERLIFE JAMU JELITA

Ambil 25-50ml Enerlife 1-2 kali sehari.
Goncang sebelum minum.
Incoming search terms:

enerlife jamu jelita
jus enerlife
jamu jelita enerlife
enerlife
khasiat enerlife
khasiat jus enerlife jamu jelita
jus enerlife jamu jelita
inerlife jamu jelita
Harga produk enerlife
produck enerilfe jamu jelita


my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan