STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: October 2016

Menu

Sunday, October 30, 2016

Bedak miyami fake

Assalamualaikum

Harini rasa kecewa sangat... sebab apa...sebab tertipu beli barang dapat yang fake..
Ni baru first time beli bedak dapat yang fake .. nak nak bila kita tertunggu je barang smpai sebab stok bedak dah nak habis..memang masa tu geram sangat.. bukan murah2 tau..

Bedak miyami ni mmg febret aan ..dah brape tahun da setia ngan bedak ni.. mmg slalu beli okay je..
minggu lepas terasa la nk beli bedak miyami ni dari lazada... service penghantaran dia okay je.. tapi barang plak yang tak okay...

First da bukak kotak bedak miyami tu .. aihh kenapa rasa ringan semacam je..
tgok macam bekas tak sama mcm sblum ni,,kaler packaging kat luar dia pun mcm cerah skit , time tu rasa  tak sedap hati dah..terus capai yg bedak miyami yang lama dan try bandingkan dgn yg baru beli ni ,tengok bhgian blakang pun lain..kedudukan sticker dia pun tak sama.. masa tu dah tau da dpt yg fake .. bukak bedak miyami tu lagi luluh hati ni.. kaler gelap semacam je.. bila sentuh je tekstur bedak tu terus berlerai..huhu.. apply kat tgn pun gelap je ... bau dia wangi semacam ..biasa bedak miyami takde bau sangat... bila tekap pakai span basah macam tesktur dia tak melekat..mmg jauh beza nya dari bedak miyami ori.. span dia pun berbeza... jdi berhati-hati la ketika membeli...



Bedak miyami fake
kaler ori lagi cerah
span bedak ori lagi tebal
bedak miyami ori lagi berat berbanding fake
tekstur bedak fake berlerai bila sentuh

Bedak miyami fake
bekas bedak fake lebih curve di bahagian bucu
Bedak miyami fake
sticker ori berada dibawah berbanding fake



Bedak miyami fake

Bedak miyami fake
mahal tau rm 30 tu
tapi dapat yg fake





Saturday, October 22, 2016

Koleksi resepi - resepi


senarai resepi Dari Chef aan
----------------------------


                       
Resepi - Resepi Masakan
Dari Dapur chef aanπŸ‘©

πŸ‘‰Dibenarkan utk share dan copy


Lauk Pauk ,Masakan Melayu, Western food
--------------------------------------------------------



Masakan panas
-------------------------

Kek dan kuih
----------------------

Pencuci mulut

----------------------



by: chef aan πŸ‘©


Resepi Chicken Chop


Resepi Chicken Chop



  •     Untuk perap ayam :


BAHAN A
- isi ayam ( dada potong nipis ) 10 keping 
- 1 biji bwg besar * blend
- 3 biji bwg putih * blend
- 3 susu besar lada hitam * blend
- 4 sudu besar cili kisar / cili boh
- 1 kiub ayam
- garam secukup rasa

Cara :
Blend semua yg bertanda * kemudian masukkan dlm bekas , gaul bersama kiub ayam , cili kisar dan garam..kacau rata.. kemudian masukkan isi ayam gaul lagi hingga rata. Saya perap semalaman, simpan dlm peti ais 

  •     Untuk salut ayam :

BAHAN B
- Serbuk roti warna oren sebungkus
- tepung ayam kentucky adabi orignal 
- puih telur ( klau blh guna putih telur ) jgn guna kuning telur mcm pic kt bwh ni ye

Cara :
Setelah ayam diperap semalaman.. keluarkan dari peti ais. Susun bekas seperti dalam gambar di bawah ye, ikut step by step,.. tak perlu salut ayam dgn tepung kfc terlalu lama.. bila nak goreng ayam tu terus salut tepung.. celup dalam putih telur  dan last salut dengan serbuk roti..Terus goreng dlm minyak ..kuantiti minyak biar tenggelam ayam tu...jadi boleh goreng dalam periuk kalau nk jimat
         
Nota Penting * jgn salut ayam dlm tepung kentucky terlalu lama ( mksudnya jgn biar ayam berjam bersalut dlm tepung ..nnti da goreng ayam tu jdi keras tau.. klau blh tepung nk nipis je..dan jgn guna kuning telur kalau boleh..just guna putih telur ...dlm pic ni saya dah buat eksperimen hihi .. 
Bila nak goreng ayam time tu lah bru salut dgn tepung..jgn nk goreng pukul 7 ..pkul 4 5 da salut tepung tu..nnti serius ayam jadi keras ....sebab tu kena rajin mencuba ok..try and error dlm masakan .. klau korg ada resepi best please share link korang kat bhgian comment bwh entri ni ye.. tq

  •     Untuk sos :

BAHAN C

- Sos lada hitam
- sedikit mayonis 
- sebiji bawang besar ( potong dadu )
- serbuk lada hita
- planta
- sedikit susu cair
- sdikit air masak

Cara :
Panaskan planta tanpa minyak..kemudian masukkan bahan2 lain mengikut banyak mana sos yang korang nk buat... masukkan sedikit air masak / air panas klau sos terlalu pekat...kalau xnak letak mayonis pun takpe.

  •     Untuk coslow
lobak merah
kubis 
mayonis

Cara :
Potong lobak merah dan kubis halus halus dan gaul bersama mayonis..siap..


bahan untuk sos
lupa tambah sdikit susu car

step - step 
untuk penyediaan ayam

isi ayam..potong nipis nipis ye

bahan bahan untuk perap ayam
gaul sekata

ayam yg diperap
gaulkan dlm bekas ni



ayam yg dah diperap semalamn

tepung kentucky
sedap guna yg adabi original kler oren serbuknya

guna putih telur sahaja
jgn tiru gmbr ni..!!!

serbuk roti
sy guna kler oren 

step susunan ayam-tepung kentucky- puti telur - serbuk roti
last goreng dlm minyak...

step susunan ayam-tepung kentucky- puti telur - serbuk roti
last goreng dlm minyak...

goreng dlm ninyak yg bnyak




Friday, October 21, 2016

Resepi telur bistik


Resepi telur bistik
telur bistik
ermm..jgn tengok kuali..pakai kuali cap doremon je..haha


Resepi telur bistik

Resepi telur bistik



Bahan-bahan untuk 2 orang makan

2 biji telur ayam
isi ayam potong halus/dadu kecil2
1/2 bji bawang besar poton dadu,halus
2 ulas bawang putih mayang/ketuk
2-3 biji cili padi potonng halus
2 sudu besar cili kisar 
sos cili secukupnya
sos tiram guna secukupnya
separuh buah tomato ptong dadu
sedikit air masak
garam secukup rasa
kiub pati ayam *klau xnk guna pun xpe
frozen mixed vegetables *  sy xde stok jdi xletak :)


Cara -cara

1. Gaulkan isi ayam yg dipotong dadu, bersama sedikit kunyit dan garam, goreng sekejap, kemudian angkat dan ketepikan.
2. Pecahkan 2 biji telur ayam ke dlm mangkuk, ketepikan
3. Masukkan isi ayan yg telah digoreng tadi ke dalam telur . gaul sekejap.
4. Panaskan minyak banyak , dalm 5 sudu,
5 .Goreng telur tadi bersama isi ayam..pastikan isi ayam di dlm telur berselerak, jgn biarkan isi ayam tertumpu dibhagian tengah supaya senang untuk diangkat.
6.Setelah telur masak  Angkat telur goreng tadi dan ketepikan.
7. untuk kuah, Tumiskan bwg besar, bwg putih, cili padi dan cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos cili kedalam bersama sedikit air masak.. jgn terlalu banyak sbb kuah nak pekat. Kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.biarkan seketika,
8. Masukkan pula buah tomato dan frozen mixed vegetables ke dlm.dan tunggu hingga vegetables tu masak dan last skli masukkan telur yg telah digoreng tadi bersama isi ayam. Gaul dan biarkan 2 hingga 3 minit. 
9. Tutup api..sedia dihidang

selamat mencuba.


Resepi ayam goreng kfc


kepingan isi ayam
boleh buat untuk menu chicken chop



Bahan -bahan

8 keping isi ayam bhagian dada *potong nipis
bwg besar sederhana 1 biji, blend
bwg putih 2 ulas, blend
i inci halia , blend
cili kisar 4-5 sudu besar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 serbuk lada putih
1 kiub ayam pati maggi
garam secukup rasa
tepung ayam goreng adabi ( tepung warna oren )

Cara-cara
1. satukan bahan-bhan blend bersama cili kisar ,garam dan kiub ayam
2. gaulkan bersama isi  ayam yg sudah dibersihkan
3. perap selama beberapa jam, nak perap semalaman pun blh
4. sediakan tepung ayam adabi diatas piring
5. Panaskan minyak di dalam kuali, tunggu hingga minyak panas
6. Amik ayam yg diperap tadi , salut ayam dgn tepung adabi tadi hingga sekata
7. masukkan ke dalam minyak panas,
8. guna api sederhana sehingga ayam masak.
9.done...selamat mencuba ..ayam ni boleh juga dihidang untuk menu chicken chop.


Resepi ayam goreng kfc
bahan - bahan ayam goreng kfc

Resepi ayam goreng kfc
goreng ayam ke dalam minyak panas setelah disalut tepung adabi 


Resepi ayam goreng kfc
aumm..sedap ni

Resepi ayam goreng kfc
ayam goreng ala kfc 






Resepi kuih cara berlauk



Resepi kuih cara berlauk


Bahan - bahan untuk inti:

 semangkuk kecil daging kisar 
 2 sudu serbuk kari
1/2 biji bawang besar *mayang halus
sebiji bawang putih  *mayang halus
sedikit sebuk lada hitam
garam dan perasa/ kiub pati ayam maggi


Bahan -bahan  adunan kuih cara:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
Garam secukup rasa ( nak bagi lemak masin )
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
Pewarna kuning


Bahan hiasan:

cili merah * potong halus
sy guna cili hijau sbb merah xde ..hee

Cara - cara penyediaan :

1. Untuk inti , panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga kekuningan , masukkan rempah kari dan sedikit air masak , tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam , kacau hingga kering air dan perasakan bersama garam dan kiub ayam .
2. Ok dah siap inti ketepikan seketika 
3, Satukan tepung gandum, telur dan santan tadi sekali di dalam bekas
* sy guna santan kotak.
4. Masukkan sedikit garam, biar rasa lemak2 masin
5. Gaulkan adunan tadi biar sekata, kemudian masukkan kedalam blender 
6. Titiskan sedkit pewarna kuning sebelum blend adunan
7. Blend adunan hingga sekata. Klau adunan pekat boleh tambah sedikit air masak, 
saya buat adunan tak terlalu pekat supaya kuih tak keras.
8. Dah siap blend, tuangkan adunan kedalam jag air yg sederhana, yg ada muncung untuk memudahkan kerja menuang aduanan ke dalam acuan. Ketepikan seketika.
9. Ambil 2 daun helai pandan potong bagi pendek, lipat 2 kemudian ikat dgn getah.
ambil mangkuk kecil , isikan beberapa sudu minyak. step ini  untuk memudahkan menyapu minyak ke dalam bekas acuan. Setiap kali nak tuang adunan ke dalam acuan , pastikan sapu minyak terlebih dahulu.
10. Panasakn acuan dengan api kecil, sapukan minyak, biar dalam 30 saat, tuangkan adunan, jgn terlalu penuh, kemudian biarkan adunan dlm 5 saat letakkan inti diatasnya * saya masukkan 1 sudu kecil inti daging setiap acuan dan selepas itu taburan cili merah yg dipotong tadi diatas inti. Tutup permukaan acuan dgn tudung periuk , setelah kuih dah nampak warna kuning pucat dan tidak melekat bila disentuh, boleh keluarkan adunan dari acuan, sy guna pisau dan sudu. 

Selamat mencuba, jom tengok gambar dibwah..


Resepi kuih cara berlauk
bahan-bahan

Resepi kuih cara berlauk
inti daging

Resepi kuih cara berlauk
taburkan inti dan cili potong diatas adunan

Resepi kuih cara berlauk
adunan hampi masak

Resepi kuih cara berlauk
tadaa..dah siap..
yang hijau (manis ) pun ada

Nak resepi kuih cara manis ( color hijau tu ) klik sini

tq singgah sini..selamat mencuba

^_^




Resepi kuih cara


Resepi kuih cara



Bahan -bahan

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya
Garam secukup rasa ( nak bagi lemak masin )
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
Pewarna hijau

Cara - cara membuat :

1. Bersihkan daun pandan, potong dan kisar bersama santan.
2. Tapiskan dan masukkan kedalam bekas.
3, Satukan tepung gandum, telur dan santan tadi sekali di dalam bekas
* sy guna santan kotak.
4. Masukkan sedikit garam, biar rasa lemak2 masin
5. Gaulkan adunan tadi biar sekata, kemudian masukkan kedalam blender 
6. Titiskan sedkit pewarna sebelum blend adunan
7. Blend adunan hingga sekata. Klau adunan pekat boleh tambah sedikit air masak, 
saya buat adunan tak terlalu pekat supaya kuih tak keras.
8. Dah siap blend, tuangkan adunan kedalam jag air yg sederhana, yg ada muncung untuk memudahkan kerja menuang aduanan ke dalam acuan. Ketepikan seketika.
9. Ambil 2 daun helai pandan potong bagi pendek, lipat 2 kemudian ikat dgn getah.
ambil mangkuk kecil , isikan beberapa sudu minyak. step ini  untuk memudahkan menyapu minyak ke dalam bekas acuan. Setiap kali nak tuang adunan ke dalam acuan , pastikan sapu minyak terlebih dahulu.
10. Panasakn acuan dengan api kecil, sapukan minyak, biar dalam 30 saat, tuangkan adunan, jgn terlalu penuh, kemudian biarkan adunan dlm 5 saat masukkan gula diatasnya * saya masukkan 1 sudu kecil gula setiap acuan. Tutup permukaan acuan dgn tudung periuk , setelah kuih dah nampak warna hijau pucat dan tidak melekat bila disentuh, boleh keluarkan adunan dari acuan, sy guna pisau dan sudu. 

Selamat mencuba, jom tengok gambar dibwah..


Resepi kuih cara
bahan - bahan

Resepi kuih cara
masukkan adunan ke dlm acuan

Resepi kuih cara
masukkan gula

Resepi kuih cara
dah masukkan gula tutup dgn penutup periuk, dan tunggu hingga
kuih masak sepenuhnya, cth seperti dalam pinggan putih tu

Resepi kuih cara
tadaa.. dah siap..boleh letak macam ni..hehe
siap untuk di makan

silakan copy dan share


Resepi spaghetti meatball



Resepi spaghetti meatball


Resepi spaghetti meatball



Bahan- Bahan 

1 paket instant spaghetti San Remo
Sos spaghetti adabi original
1 tin cendawan butang * potong kecil
1 biji buah tomato *potong dadu kecil2
meatball
daging kisar
bawang besar *cincang halus
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
cili kisar 2-3 sudu
air masak secukupnya


Cara- cara untuk membuat sos

1. Basuh meatball dan daging kisar
2. Rebus meatball dan daging kisar hingga masak,toskan dan ketepikan
3. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dicincang halus bersama cili kisar
4. Setelah naik bau, masukkan daging kisar dan meatball, kacau seketika
5. Masukkan pula cendawan butang yang dipotong bersama sos spaghetti adabi.
6. Masukkan sedikit air masak supaya tidak terlalu pekat.
7. Perlahan api, dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sesekali kacau sos dgn menggunakan senduk kayu..supaya sos dibawah tidak melekat.
9. Stelah masak,tutup api dan boleh dihidangkan bersama spaghetti.. 

Cara- cara untuk menyediakan instant spaghetti 

1. Didihkan air di dalam kuali besar
2. Masukkan sesudu minyak masak ke dalam air
3. Masukkan instant spaghetti san remo
4. setelah masak, angkat dan toskan 
5. Siap,, 

selamat mencuba :)



Resepi Kek pisang kukus


Resepi Kek pisang kukus



Bahan-Bahan
----------------
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder *
* ayak bersama

8 biji pisang , lenyek
1/2 cawan minyak masak
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 camca esen pisang (kalau xde pkain esen vanilla pun blh )

Cara-cara
-----------
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder, ketepikan. 
2. Blend telur bersama gula dan minyak 
3. Masukkan bahan yg diayak tadi kedalam bekas yg mengandungi bahan yg diblend
   Kacau hingga sebati
4. Panaskan kukusan hingga air mendidih, leserkan minyak pada loyang
5. Tuang adunan kek pisang tdi ke dalam loyang
6. Balutkan dgn aluminium foil, masukkan dalam kukusan
7. Kukus hingga masak lebih kurang 50 minit.
8. Cara nak tau masak ke tak, amik lidi cucuk ke dlm kek, jika tiada adunan melekat,
maknanya kek tu dah masak.. ^_^
9. Selamat mencuba

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus

Resepi Kek pisang kukus




FOLLOW @sendayutinggi_beauty

Copyright © Design by nurfarhan