STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: September 2016

Menu

Friday, September 30, 2016

Resepi Gulai Ayam


tadaa..gulai ayam ku

Bahan A
----------
8-10 ulas bawang merah * kisar
4 ulas bawang putih * kisar
1 inci halia * kisar
cili kering kisar 3 - 4 sudu makan  
(satukan bahan A dan kisar )

Bahan B
----------
8-10 ketul ayam
4 sudu rempah gulai cap rose
4 susu rempah kari ayam/daging
4 ketul ubi kentang ( potong 4 )
1 sudu makan  kerisik
Rempah penumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih,bunga lawang )
sebiji bawang besar ( mayang )
air asam jawa
1 kotak santan kecil.. 
gula @ manisan ( sy guna gula )
1 kiub ayam * nk guna pun blh..xnk guna pun blh
garam secukupnya
Air secukupnya

Cara - cara
--------------

1.  Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dgn bawang besar yg di mayang tadi hingga naik bau.
2.  Masukkan Bahan A yg dikisar tadi dan kacau hingga garing.
3.  Masukkan rempah gulai cap rose 4 sudu makan,4 sudu rem kerisik, air asam jawa, kiub ayam dan gula. Bahan A
----------
8-10 ulas bawang merah * kisar
4 ulas bawang putih * kisar
1 inci halia * kisar
cili kering kisar 3 - 4 sudu makan  
(satukan bahan A dan kisar )

Bahan B
----------
1 kg daging
rempah gulai cap rose
4 ketul ubi kentang ( potong 4 )
2 sudu makan  kerisik
Rempah penumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih,bunga lawang )
sebiji bawang besar ( mayang )
air asam jawa
sekotak santan sederhana ( tak guna hbis sekotak 3/4 shja)
gula @ manisan ( sy guna gula )
1 kiub ayam * nk guna pun blh..xnk guna pun blh
garam secukupnya
Air secukupnya

Cara - cara
--------------

1.  Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dgn bawang besar yg di mayang tadi hingga naik bau.
2.  Masukkan Bahan A yg dikisar tadi dan kacau hingga garing.
3.  Masukkan rempah gulai cap rose 4 sudu makan, 4 sudu rempah kari, kerisik, air asam jawa, kiub ayam dan gula. 
4.  Kemudian kacau hingga sebati.
5. Masukkan ayam dan ubi kentang, gaul sekejap dan masukkan air, masak hingga empuk.
6. Masukkan pula santan tunggu hingga mendidih.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Setelah semuanya empuk, tutup api dan sedia untuk dihidang.

selamat mencuba ye..ikhlas dari chef aan 











ehem..bnyak plak mkn nasi hari ni..hehe


Abang bomba i love you


Assalamualaikum..

First nak cakap ...mmm rindu sangat dengan drama abang bomba i love you  nih,,asal pendek sangat citernya..hihi..rasa sekejap je .. padahal bukan peminat drama sangat pun.. tetiba tersuka dengan drama ni..hihi..

Sebab kenapa aan kata drama ni best..sebab jalan cerita lain dari lain ..tak percaya kena tengok sendiri la...mula mula aan je yang minat tetiba plak Encik suami  berjangkit nak tengok sama, kadang dia yg tlg ingatkan drama dah nak start..hihi

Alhamdulillah bagus jugak drama ni tak bersiaran waktu maghrib kan.. First time tengok Amira Othman berlakon.. boleh tahan ..lagu dia pun best :)
Harap ada la sambungan no 2 ke nanti hehe .. berharap nampak ...

Semua orang sukakan happy ending kan.. mcm cerita dongeng.. tapi hidup kita tak selalu indah ..ada masanya awan hitam datang .. kemudian berlalu pergi tanpa menitiskan air hujan..kekadang hujan di tengah panas.. kita mungkin tak tahu apa yang kita bakal lalui nnti.. ish dah lari tajuk ni...heheh..
sesekali berbisik dihati apa salahnya.. korang nak tengok ke citer abang bomba i love you ni.. ok klik sini . Credit to owner website tu.. tq tq...kalau rindu citer nih blh la bukak tengok hihi..
ok itu je citernya..



Abang bomba i love you www.nurfarhan-aan.com





Senarai Imu Tazkirah dan Renungan



   
     Motivation
     --------------

       Ilmu  Agama
       ---------------


     Tazkirah agama
      ------------------


Thursday, September 29, 2016

Rezeki Dari Allah





Semuanya yang kita ada didunia...semuanya pemberian dari Allah
Semua manusia tak sempurna.. terkadang kita cepat mengeluh jika kita dapat sedikit rezeki..
tapi kita lihat la kembali..apa yang kita ada.. masih bernafas hingga hari ini pun merupakan rezeki dari Allah..Alhamdulillah.. bersyukur setiap apa yang kita ada...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
Allah sebaik-baik Perancang

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang,
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lain pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak terjangka.

Kita perlulah Bersabar, bersyukur, berusaha,berdoa dan bertawakal.
Mintalah padaNYA , Allah menyukai hambaNya meminta kepadaNya..

Sekadar perkongsian daripada ayat-ayat motivasi yang sangat mendalam kesannya ke dalam jiwa
Kurangkan rasa merungut dalam hidup, kurangkan rasa membandingkan diri dengan orang lain (negative), kurangkan rasa mempertikaikan nasib orang lain. InshaAllah hidup sentiasa diberkati dan rasa tenang.




Sunday, September 25, 2016

New laptop .. gift from husband


Assalamualaikum

Hai cik blog lama rasa tak menaip entri personal life ni... asyik update entri  kat ruangan business je..harini nak taip entri untuk ruagan memori bertaip aan... :)

Alhamdulillah bulan september 2016 ,dapat jugak new laptop.. on my birthday... thank you very much husband.. belikan laptop baru ni.. so happy sangat sangat... ^_^
Encik husband bawak kita ke kedai laptop dan dia suruh pilih mana yang nak.. ikut la sayang nak yang mana pi la pilih.. hehe.. yeke ni..waa hepi nya.. Dulu aan punya laptop color hitam, thiz time nak pilih color cerah sikit baru segar skit mata kan..hihi. aan cakap ngan husband nak yang color blue turquoise ..dan dia cakap okay je.. terbang duit husband beribu hehehe..

Dah lama da laptop aan rosak since berkahwin dlu...PC punn dah tinggal kat terengganu.. takkan nak bawak pc pi srwk ..hihi. Syukur sangat rasa dapat pegang laptop lagi and excited jugak sbb lama tak menaip entri di blog guna laptop .. asyik dgn phone je... senang skit bila menaip dengan keyboard ni.. lepas ni boleh la aan menaip entri di blog hari hari...amboi anak sapa nak jaga.. ? hehe..
insyaAllah boleh la menaip bila ada masa kan..



ehem ehem..balik2 je terus ngadap laptop install apa yang patut

berblog ... since 2010

update entri

meja laptop.. encik suami belikan senang skit nak
online.. siap ada bunga kat sblah..hehe
thank you husband


Saturday, September 24, 2016

Outing ke Bintulu sarawak


Assalamualaikum..

    Hai cik blog,,lame cik aan tak menaip entri.. mlm ni terasa rajin sngt hehe disebabkan line internet laju semacam. ok arini nk update entri outing ke bintulu. Okay bln september ni special tau bagi aan sebab bzday aan dan ank jatuh pada bln september.. ~~~~hihi ..harap encik suami tak jeles ye.

    Bulan september ni jugak suami nk ajak pi bintulu sambil cari barang keperluan. Tapi cuti dapat 2 ari je... xde la lama sangat..sekejap je pun.. dah lama aan xkuar jln ke bandar cmni..nk masuk 3 bulan dah tak jumpa bangunan tinggi tinggi...haha  xjumpa mall la katakan. Cik suami kata nk celebrate besday untuk isteri dan anaknya..hihi..terima kasih ye cik suami :) .

    Macam biasa je kami selalu menginap kat tempat sama klau ke bintulu, kami plan nk sewa kereta. Senang kan klau nk pi jalan - jalan ..tak perlu la naik teksi setiap kali nk kuar.
Alhamdulillah..xkisahla la asalkan dapat kemudahan pengangkutan.

 Si hero kecik tu suka makan nasi jadi kami bekal nasi la. Sblum bertolak ke bintulu aan da masak da siap2..Masak nasi minyak tau iman ngan ayah suka sngt ni nasi minyak  .hihi sampai je di bintulu dah tak payah cari makanan dah terus suap anak..masing2 penat dah berapa jam naik kereta. Lepas je solat zohor kami pun pi jln jln di mall.. cari barang dapur dan barang untuk si iman.

    Malam tu penat sangat.. iman pun lps smpai hotel da bgi makan terus tido.. nasibla la ank nk tido awal blh la berehat.. ok ni mmg surprise skit.. hihi,..bru nk lelap mata  cik suami kejutkan kita dengan hadiah ..hihi..terkejut kita,, dapat hadiah bzday ..yippie ..tq sangat mohd al-hafiz..sape tak hepi dapat hadiah dari suami..

    Esok nyer tu Encik suami ajak celebrate dekat pizza hut , beli kek dan order pizza..alhamdulillah.. fuhh kenyang sangat ...perut pun tgh lapar sangat time tu.. dapat plak makan makanan febret.. nyum nyum saja la kan.. ok da siap makan.. Nak pi jalan2 plak.. iman pun dah mengantuk sangat.. bawak dia masuk kereta.. Hairan betul la ..entah kenapa la suami kita xmasuk kereta lagi ni.. siap bukak bonet kereta plak.. nk simpan brg apa..belum lagi shopping barang rasanya..

    Tengah duk melayan anak tetiba suami masuk kereta bawak bunga bagi kat tgn aan.. Ya ALLAH ..time tu dlm hati bukan main happy sangat..fresh flower lagi tau..mmg xkan lupa pemberian dari suami tersyang..on 23 september 2016... i got flower from husband hihi..padahal smlm pun dah dapt hadiah.. now dapat bunga plak.. sapa eh tak jatuh hati klau cmni. Sebenarnya bukan jatuh hati pada barang2 yg dibagi tapi jatuh hati pada gerangan orang yg memberi hadiah tu tanda menghargai kita.. itulah maksudnya...saat tu terasa yg diri ni sngt special..hihi..  malu2 pun ade skit..hehe..yerlakan org baru dpat bunga..angau la skjap..hihi.

    Lepas tu encik suami bwak plak kami ke Pantai Tanjung Batu, Bintulu..wahh baru dapat jumpa pantai.. kalau di tempat kami hnya ada sungai sahaja.. tapi itupun dah kira bersyukur daripada xde apa2 kan.. Memang cantik pantai di Bintulu.. Iman bukan main seronok dapat berlari lari.. hihi..  Tapi  time tu cuaca masih panas lagi time tu.kami ke sana dlm pkul 3 petang dapat  la lepak kat sana dlm sejam lebih.. sebab kami nk ke mall lagi cari barang..

    Esok tu kami nk balik Belaga dah sbb suami keje mlm..alahai..sekejap je masa berlalu ... mmg rushing sngt time tu.. Encik suami ada jnji nk jumpa kawan dia yg keje di Bintulu.. jadi kami cepat2 cari barang.. iman plak moodnya tak berapa okay.. mungkin sebab tak selesa..kami nk balik hotel pun dah tak sempat sebab otw nk pi mkn dgn kawan encik suami.. Nasib bawak pampers iman,..dapat la tukar dlm kereta. 

    Nak cari tempat mkn tu plak satu hal..dah berapa kali pusing dah still tak jumpa.. pusing kali ke 3 barulah jumpa.. Kawan encik suami belanja makan steamboat..segan betul rasanya..nasibla kawan encik suami pun bwk isteri dan anak dia.. lega la time tu.. adela la jugak kwn berbual..hihi..

    Tengah duk bersembang dengan kawan kawan suami, iman plak da bosan asyik merengek je dia.. mungkin disebakan tak selesa dan penat , dah siap makan..kami otw balik hotel , tengok tengok iman dah tertdo dlm kereta..hihi..cian dia.. Pagi tu sebelum balik sempat lagi shopping barang di mall ..Pkul 1 ptg kami bertolak balik ke Belaga ..smpai kat sana dlm pkul 5 lebih..fuhh lama jenuh duk dalam kereta

Sampai je kat Belaga , lepas maghrib tu encik suami dah kena  masuk kerja.. kesian kat dia.. cuti cuti pun masih kena kerja jugak.. demi mncari rezeki untuk kami anak branak...alhamdulillah. terima kasih bwk kami celebrate birthday...:) 

Awal Tahun baru ni jeng jeng jeng.. suami nak ajak pi bercuti hihi tunggu settle majlis kahwin adik dlu bru proceed ye. InsyaAllah..Kumpul cuti dulu nanti dapatla cuti lama skit.hihi.. kalau blh nk cuti sebulan blh tak,,,hihi.. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T...  ^_^ Tak sabar nak balik semenanjung merentasi Laut China Selatan.. hihi Terengganu i miss you...  especially my family... sabar duhai hati ...senyum senyum selalu ok :)

Nah parking gambar dlu ye...

selfie with budak comel ni
sementara tunggu ayah imn amik barang.

lamanya tunggu suami amik  brg.. snap pic dlu la

iman..anak ummi muah

at pantai Tanjung Batu Bintulu

Handsome boys

bzday ummi and iman kan harini..hihi

amboi,,merenung apa tu

daddy iman n iman

tu dia ayah dia da dapat tangkap iman

my hero.. dua dua hero..hihi

selfie jom

senyum..123 snap

asal aan tak berapa nmpk tu..hihi

hai ..kami tgh selfie ni

dua dua xsenyum..:)

iman asal mulut cmtu..haha
muncung bebenor

amboi seriousnya 

selfie lagi

daddy imn kena paksa senyu..hihi.
.tgok tu dia buat mulut senget
saje je kan haha

hai iamn tgok camera ni..tetiba nmpk perut iman plak hihi
iman bukan nk duk diam 

iman bosan la ummi asyik selfie..nk mkn ni lpar

Pantai Tanjung Batu Bintulu

Pantai Tanjung Batu, Bintulu


surprise di malam hari..bru nk lelap ada org bgi hadiah
hehe..tq cik suami


cake bzday
beli 2 slice je.. on diet kn..xleh bnyk2
hehe

sedap sangat kek ni...
lepas makan bru la rasa rugi tak beli banyak
amboi tamak
iman tgok la depan.. lapar la tu tgok byk makanan

seriusnya imn tgok ummi mkn pizza

happy birthday to me and iman

aumm.. ada org nk suap kita..tapi kita malu la..
cepat la ..meh abg nk suap
cik suami kita ni.. org tgok tu.hihi
segan

iman nk roti ke nak kek..

selfie bertiga :)

amboi cik suami.. lapar le tu

imn ni time ni la nk suwh bukak kartun

celebrate bzday di pizza hut

hai iman.. 

ala iman ni tgok la sini

iman makan apa tu..bulat pipi

cake bzday

ummi dan iman.. selfie.. abaikan org blakang tu.. tetiba tersnap skli haha

ummi dan iman

daddy imn tgh posing tuh..hihi

seronok la budak ni ..penat kjar

Tenang je bila duk kat sini

such a beautiful view

eh eh iman ni.. berjoget hihi

Encik suami nk bergambar :)


ehem ehem.. 

Tetiba gambar berkabus

cik suami lari plak..org nk amik pic ni..hehe




otw ke pantai slpas dapat bunga..

surprise dlm kereta

entah bila la encik suami beli ni..hihi..bila tanya xnk gtau



Gift from cik suami 
Hasil memburu di mall oleh cik aan   hihi.. :)
pkai ke tak ni nnti..hihi

3 kuntum bunga rose ..entah sampai bila blh bertahan
cantik rose ni..syg nyer tak blh simpan lama
segar mata bila dlm rumah ada fresh flower..

:

my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan