STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Rose Tyara Foundation, Alaska, Magic skin primer, Hopegirl Loose powder

Menu

Saturday, August 20, 2016

Rose Tyara Foundation, Alaska, Magic skin primer, Hopegirl Loose powder



Rose Tyara foundation ( code Rose )
Alaska
Magic skin primer
Hope girl Loose powder

( trial items )

Assalamuaalaikum semua warga readers.. ok hari ni aan nk buat review mengenai produk- produk diatas. 


rose tyara foundation


ok First..Rose Tyara foundation code rose. Apa yg aan tau setelah cuba foundation ni .. foundation ni jenis liquid .. tapi pekat jugaklah.. base  dia kekuningan.. sesuai utk kulit sawo matang.. kena pakai sikit sahaja.. klau letak banyak nanti kulit akan jadi lagi kuning. 

Aan punye kulit jenis bermasalah oily, berparut, jerawat timbul dan ade lubang2.. jadi mmg tak sesuai sngt la dgn foundation nih.. Nasib beli yg trial dlu.haha.. Bagi yg rasa sesuai tu mungkin kita tak sama wRna kulit dan masalah.. jadi mybe ade yg sesuai. Coverage untuk kulit bermasalah mmg bad bagi aan.. klau yg jenis ade parut hitam tu..mmg xdpt nk cover sngt.. aan terpaksa campur dgn foundation jenis cream barulah nmpk ok skit..  Harap takde yg marah la bila bc review ni.. aan bukan ckp produk ni tak bagus. Cuma untuk pengguna makeup yg suka simple simple macam aan ni.. dan ada kulit bermasalah..mmg susahla untuk cover  bahagian bermasalah.

Mungkin bagi Mua atau mak andam, mybe diorang blh tambah mcm2 lagi kn nk bagi cantik.. dgn mcm 2 tambahan of course la nmpk lagi cantik. Jadi blh cuba klau yg berminat dan teruskan klau serasi dgn kulit masing - masing.

     --------------------------------------------------


alaska

Apa benda ALASKA tu... hihi , alaska tu adalah mosturizer. Khas utk mereka yg kulit minyak giler. Alaska ni akan sedut sume minyak , Cara alaska berfungsi mengimbang kelembapan kulit supaya kulit tak berminyak. 

MOSTURIZER ni penting bg yg nak base mekap yg cantik , naturally blend dgn kulit seterusnya mekap nampak flawless licin. Ni RAHSIA mekap artis, bukan pemilihan foundation je penting utk hasil mekap yg cantik, Mekap yg cantik bermula dengan MOSTURIZER yg btul.....Dan  mosturizer ni adalah MUA'S RECOMMENDED.
Sila la try mmg best.. sangat sesuai utk yg ade oily face. saya suka..saya suka..๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜„


--------------------------------------------------


       Magic Skin Primer by Hope Girl

Best tau pakai primer ni, Selepas pakai alaska blh apply primer ni. Baunya pon wangi, bau bunga rose .. 

Jadikan pemakaian primer ni sebagai rutin harian anda selepas pemakaian moisturizer & serum untuk dapatkan effect makeup yg silky & smooth.

Jom baca bawah ni , ni antara
Kelebihannya :

❤Menutup tekstur kulit yg tidak sekata akibat liang pori yg besar dan garis kedutan yg jelas kelihatan (menyebabkan finishing makeup tidak smooth)
❤Menjadikan kulit wajah bersinar secara semulajadi
❤Makeup tahan lebih lama dan mengawal penghasilan sebum (makin lama makeup kelihatan makin cantik terletak di wajah)
❤Mengandungi jojoba oil & vitamin E yg melindungi & memulihkan kulit

--------------------------------------------------



 Hope Girl loose powder ?

Best pakai loose powder ni.. Tidak berminyak, matte dan terasa halus je pada  kulit selepas apply .

Details :
๐Ÿ‘‰Loose powder ni merupakan formula dari korea untuk membantu kulit  anda menjadi halus, mulus dan yang penting bau harum seperti vanilla.
๐Ÿ‘‰Loose powder ni ada satu warna sahaja yang natural sesuai dengan semua jenis skin tone from Light to dark skin..
๐Ÿ‘‰Make up matte yang tahan lama dan glow sepanjang hari๐Ÿ˜€


my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan