STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Resepi asam pedas ayam

Menu

Wednesday, August 17, 2016

Resepi asam pedas ayam


Asam pedas ayam


Bahan- Bahan

8 ketul ayam
( sudah dipotong, sederhana)
2 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sebiji buah tomato ( potong 4)
Sekuntum bunga kantan (dibelah 4)
Sesudu pes asam jawa adabi
Air 4 gelas
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
kiub pati ayam maggi
4 sudu besar cili kisar @ cili boh





Bahan kisar:

4- 5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Belacan sesudu kecil
3-4 biji cili padi


cara -cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama cili kering/cili boh sehingga pecah minyak.

2. Masukkan ayam, serai dan daun kesum , gaul seketika sehingga rata. Kemudian masukkan air sehingga ayam nampak tenggelam.

3. Masukkan pula bunga kantan, sesudu kecil pes asam jawa,lada hitam, kiub ayam dan garam secukup rasa.

4.Bila sudah mendidih dan ayam sudah masak... masukkan pula tomato.

5. Siap dan sedia dihidang bersama nasi putih

* nk pedas blh lebihkn cili boh@ cili padi ikut citarasa masaing2..

selamat mencuba...
my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan