STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: Petua di dapur / Petua masakan

Menu

Saturday, February 20, 2016

Petua di dapur / Petua masakan

Assalamualaikum 

Hai readers.. kat bawah ni ada petua / tips di dapur dan juga petua dalam masakan.. bagi suri rumah dan  yg mana suka masuk dapur tu  blh la curik tengok tips dan petua kat sini..banyak sangat yg kita blh amalkan 

Petua di dapur / petua masakan
 🌸———————————————🌸


melambatkan lauk basi🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉jgn tutup periuk sepenuhnya ketika panas

melembutkan daging🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉rebus daging dgn sesudu soda bikarbonat sblum masak.

merangupkan ayam goreng 🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉perah sebiji limau nipis ke dlm minyak sblum menggoreng

pengunaan garam🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰
👉sedikit garam di awal masakan dan selebihnya bila hampir masak

menghilangkan pahit peria🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉potong peria dan rendam peria dlm air garam skama 25 minit

hilangkan bau kunyit ,bwg dan lain2 pada blender 🍴
〰〰〰〰〰〰
👉first blend serbuk kopi + air panas , kemudian blend pula air + sabun pencuci pinggan. Kemudian bilas, blender akan wangi kembali.

Elakkan biskut lemau🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉letak sedikit gula pasir dlm bekas kedap udara yg diguna utk simpan biskut.

Taugeh tahan lama🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰
👉ketika simpan taugeh dlm peti ais, rendam taugeh ke dlm air bersama sedikit perahan limau nipis. klau mahu taugeh rangup blh rendam di dlm air sejuk/berais.

Tips arang BBQ 🍴
〰〰〰〰〰〰
👉Sebelum hidupakn api arang untuk aktiviti BBQ, taburkan sedikit gula pasir pada arang.Api akan lebih mudah hidup dan bau karamel dari gula akan menambahkan lagi umpph pada BBQ anda.

Tips kulit telur mudah dikopek🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉semasa merebus telur masukkan setengah sudu kecil garam ke dlm air . Kulit telur akan lebih mudah dikopek slpas itu.

Cara elakkan beras berkutu🍨
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉masukkan beberapa daun limau purut/ cili kering ke dlm tempat simpanan beras

Hilangkan kerak dalam periuk🍴
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉rebus beberapa kulit kentang bersama periuk berkerak.kerak akan senang tanggal slpas itu.

menghilangkan getah cempedak /nangka🍨
〰〰〰〰
👉lumurkan tangan dan pisau dgn minyak masak sblum memotong. Getah akan kurang melekat pada pisau dan  tangan akan mudah dibersihkn slpas memotong buah

Tips Nasi goreng
〰〰〰〰〰〰〰
1👉(sejukkan nasi dlm peti ais).Sebelum goreng nasi, deraikan nasi,masukkan ke dlm peti ais lebih kurang 2 jam, kemudian keluarkan deraikn skli lagi. Tekstur nasi goreng akan menjadi cantik dan tidak berketul.

2👉(guna minyak sederhana). Minyak yg digunakan untuk menggoreng nasi biarlah cukup sekadar untuk menumis rempah dan perencah.

3👉setelah semua bahan bergaul dgn nasi , kacau sekali sekala dan tunggu sehingga nasi di tepi kuali meletup letup kecik.Itu tanda nasi goreng sudah siap untuk dihidang😊

Bawang dan lada kisar tahan lama
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉kisar bwg atau lada kering dgn minyak dan bukan air. Pastikan lada kering dibuang biji terlebih dahulu.Gunakan bekas kedap udara untuk menyimpan bahan tersebut ke dlm peti ais.

Tips ice cream lembut
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Bungkus bekas aiskrim dgn menggunakan plastik zip-lock sebelum dimasukkan ke dlm peti ais. Aiskrim akan kekal lembut.

Memanaskan makanan
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉panaskan makanan seperti bihun, mee dan pasta , letakkan keadaan mee..dlm bentuk donut ke dlm oven.Makanan akan panas secara sekata.

Petua memutihkan nasi
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Masukkan satu sudu kecil air limau nipis semasa memasak nasi.

Petua halau semut dari gula
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dlm bekas gula untuk menghslau semut. Bau asam keping / bunga cengkih tidak akan nenghilangkan dan menukar rasa manis gula.

Petua untuk ikan keli
〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Jika beli ikan keli hidup, cara untuk mematikannya dgn merendam ikan keli di dlm besen bersama segenggam garam kasar.biarkan dlm setengah jam / 1 jam.

👉Untuk membersihkan ikan keli, rendan ikan keli bersama garam kasar + limau nipis + asam jawa( selama 15 minit).Selepas itu ikan keli boleh la dibersihkan dgn menggosok  limau nipis ke atas badan ikan, untuk hilangkan lendir2 yg biasanya melekat pada badan ikan.

👉Kemudian cuci ikan keli dgn air biasa. Lumurkan kunyit dan garam sebelum menggoreng.

Tips telur dadar enak dan garing
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉 Semasa nak pukul telur, masukkan sedikit air, sedikit sahaja, kemudian goreng didlm minyak yg betul2 panas. Hasilnya telur dadar akan nampak sedikit kerinting di sekelilingnya.

Lobak lambat kering
〰〰〰〰〰〰〰〰
👉ketika simpan lobak dlm peti ais, bungkus lobak dgn menggunakan aluminium foil dlm keadaan lobak kering.

Tips rangupkan cucur udang
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Setelah siap bancuhan cucur   campurkn 1 paket eno biru ke dlm bancuhan , kacau rata hingga berbuih.Goreng seperti biasa.

Petua atasi lauk terlebih masin
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Ambil sedikit daun pisang, cuci bersih dan masukkan ke dlm masakan yg terlebih masin. Pasti rasa masin akan berkurangan.

Petua kurangkan lalat hinggap pada makanan
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Sediakn 1 uncang , isikan uncang itu dgn kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Kemudian gantung pada ruang makan yg ada lalat.

Tips masak sambal tumis sedap
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
-guna cili kering kisar, berbanding cili boh
- masak sambal dgn api perlahan dan nasukkan bahan perasa,tumis hingga pecah minyak
-untuk warna sambal yg cantik  masukkan gula melaka
-jgn kisar bawang sampai hancur,supaya manis bwg masih terasa.
- masukkan gula setelah sambal pecah minyak, setelH masukkan gula jgn kacau sambal untuk seketika agar ia bertukar karamel dan warna sambal akan menjadi lebih menarik.

Cara hilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Lap menggunakan bancuhan air baking soda.

Kekalkan kesegaran udang
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
dan tahan lama.
👉Perahkan air limau nipis sebelum masukkan udang ke dlm peti sejuk.

Elakkan tembikai mudah busuk dan tahan lebih lama
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉sapukan kapur makanan di pangkal termbikai

Taugeh kekal lama
〰〰〰〰〰〰〰
👉perahkan air limau ke dalam air rendaman taugeh sebelum masukkan ke dlm peti ais  dan pastikan menukar air rendaman setiap hari.

Hilangkan masalah kehitaman minyak
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Masukkan beberapa asam keping bersama gorengan. Hasilnya minyak boleh di pkai beberapa kali.

Elakkan tauhu melekat di kuali ketika menggoreng
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Tabur garam halus atas dan bawah tauhu sebelum mula menggoreng.

Hilangkan hamis daging kambing
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉masukkan lobak putih ke dlm rebusan daging tersebut.

Petua elakkan santan pecah minyak
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉letakkan senduk kayu ke dlm periuk.

Buang lemak ayam dengan mudah
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Basuh ayam dan toskan air.Sapukan tepung gandum pada ayam dgn sekata dan basuh ayam sekali lagi

cara menyimpan udang
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉cuci udang hingga bersih dan sejat airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpan dlm bekas yg tertutup rapat.

Telur tahan lama
〰〰〰〰〰〰〰
👉Bersihkan telur dgn air dan lap hingga kering . Simpan telur dlm bekas yg berisi beras pulut.Elakkan telur dari terjemur.
Jika ingin simpan telur di dlm peti ais, letakkan telur dlm bekas berisi air.Telur akan tahan lama dan tidak busuk

Elakkan sayur layu
〰〰〰〰〰〰〰
👉Bungkus sayur dgn surat khabar yg telah dilembapkan.Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

Kekalkan kerapuhan ulam ulaman
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Rendamkan ulam ulaman  dalam air bercampur dgn sedikit cuk dan perahan limau nipis.Bairkan seketika dan toskan .Ulam ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun beberapa ketika.

Elakkkan bubuk atau kutu beras
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Lakukan antara pilihan berikut :
Masukkan bwg putih yg belum dikopek, daun limau daun nangka atau 6 yangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan beras.

Santan tahan lama
〰〰〰〰〰〰〰
👉Madukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata.Kemudian simpan dlm peti sejuk seperti biasa.Boleh juga simpan snatan dlm plastik bersih dan berikat dlm peti beku tanpa garam.

Kekalkan kesegaran ikan
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉 rendamkan ikan bersama air sehingga air menutupi ikan. simpan di dlm peti sejuk, bukan bahagian beku, ikan akan kekal segar sehingga beberapa hari.
Boleh juga di simpan di dlm peti beku , ikan hendaklah di dlm satu plastik yg sama untu sekali masak.Isi air ke dlm plastik hingga menutupi ikan.

kekalkan rasa manis ikan
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👉Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh.Bungkus dgn surat khabar, kemudian simpan dlm peti sejuk.Basuh ikan hingga bersih hanya apabila  akan dimasak. Cara ini juga dapat mengekalkan kesegaran ikan.

🔜tobecontinue...
my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan