STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: June 2015

Menu

Tuesday, June 30, 2015

Resepi Nasi Kunyit


Resepi Nasi Kunyit

Resepi Nasi Kunyit

Resepi Nasi Kunyit

Resepi Nasi Kunyit

Resepi Nasi Kunyit



Resepi Nasi Kunyit


Resepi Nasi Kunyit


Bahan-Bahan
----------------

2 kilo beras pulut
2 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara - Cara 
-------------

Basuh Beras Pulut, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air sehingga pulut tenggelam, tambah serbuk kunyit dan kacau rata.

 Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam. Kemudian toskan dalam penapis dan keluarkan asam gelugor.

Panaskan pengukus, ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang-lubang kukus, dan tudung periuk dalam keadaan.

Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam pengukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Tutup dan kukus selama 25 minit.

Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata. Buat hingga santan habis.

Masukkan kembali pulut dalam kukus dan sambung kukus selama 25 hinnga 30 minit atau sehingga pulut masak dan lembut. Boleh sedia dihidangkan.


my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan