STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: 2015

Menu

Wednesday, December 30, 2015

Laksam

Laksam Homemade


haaa..akhirnya siap juga laksam homemade oleh chef aan..^_^ .. alhamdulillah..
Jemput curi resepi dibawah yer..
Hehe
👇👇👇

Harini rajin nk update rsepi ni..
Laksam.. bila xde org jual kena la buat sendiri kan.. bgus jugak ni..blh blaja..hii..untung2 dpt ilmu..
Resepi ni sy dpt dlm facebook..
Jom kita tgok gmbr2 ni ye..
Credit to tuan punye resepi.. 








Blh cuba step2 kat atas ye..
cuma nk bgi tau info skit..
* adunan jgn terlalu pekat
* sblum kukus pastikan lap dlu dgn minyak, brulah tuang adunan..
* tuang adunan ke loyang jgn terlalu byk, nnti tebal ,susah nk gulung ...
* buat laksam ni kena byk sabar..hihi.
Ituje pesanan ikhlas dri sy^_^

Selamat mencuba ...👍👍👍

Saturday, December 12, 2015

M.ImanDanish ..my little hero can walk


Alhamdulillah..

Sekarang ank da msuk 1 tahun 3 bulan... now da blh berjalan yeaayy..
iman danish da blh berjalan da...
Hepi ummie tgok..mula-mula tu mmg lawak sgt tgok mcm penguin.  Step by step langkah kaki dia..now da lju da.. kdg kdg lju sngt smpai xsempat nk brek..hehe..

Iman danish mmg jrg sngt nk duk atas walker tu..duk sat je nngis nk turun..dia lagi suka jln pegang meja je ..takpun dia tolak walker tu.. ^_^smbil ikut je, so awal november 2015 la dia start blh langkah kaki dlm 2 langkah..
ummie ngan ayh imn excited sngt la time tu..ni da masuk dicember.. lju da jalan nyer.. ikut je mne ummie ayh dia pi...

Kejap je rasa da msuk setahun lebih.. dan rasa seronok tgok dia mmbesar dgn sihat dan baik..alhamdulillah.. walaupun bdn dia kurus je tak chubby2 tpi syukur dia xde masalah kesihatan.. :)


1..2.3 senyum ...!!!!





^_^
Nnti da msuk thn bru mesti da blh berlari da.. hihi.. 
Chaiyok imandanish ..!!!











Thursday, December 10, 2015

Resepi Kari kosong bersantan




Resepi kari kosong bersantan


Bahan- bahan
---------------------

- 1 kotak kecil santan ( guna separuh)
- serbuk rempah kari adabi( guna spruh shja)*
- 3 biji bwg merah, 2 ulas bwg putih,seinci halia ( mayang halus)*
- 1/4 bwg besar diblend*
- 2 sudu cili kering yg dah diblend*
- 1 btg kulit kyu manis , 1 bunga lawang,2 buah pala dan 2cengkih*
- 2 biji ubi kentang, kupas potong 4
-sebiji buah tomato, potong 4
- 5 biji bendi
- 2 gelas air
-garam dan serbuk perasa

* bhn bertanda , utk ditumis

Cara-cara
---------------
1. Panaskan minyak, tumis bwg besar dan cili kering yg di blend, masukkan bhn yg bertanda * sehingga naik bau dan pecah minyak..

2.Masukkan air dan ubi kentang, biar seketika dlm 5 minit..masukkan santan,garam dan serbuk perasa.

3. Bila da mengeleggak brulah masukkan bendi dan buah tomato

4.biarkan seketika, hingga bndi nmpk layu , angkat.

5.siap utk dihidang ( kari ni sesuai utk dimkn bersama ayam goreng berempah atau aym goreng ala kfc) . ^_^

Selamat mencuba...

Resepi Ikan masak kicap



Resepi ikan masak kicap

Bahan-bahan
----------------------
- 6 ekor ikan kembung
- 4 sudu cili kering yg diblend
- sebelah bwg besar * blend
-2 biji bwg putih * blend
- seinci halia * blend

-sebelah bwg besar, mayang
- 2 biji cili besar ,mayang
-4 biji cili padi, mayang

-kicap manis ( byk mne tu,ikut kesesuaian dan cita rse)
-sos tiram 2 sudu besar
-garam
- air masak
- buah tomato sebiji

Cara-cara
----------------
1. Goreng ikan yg digaul sedikit kunyit dan garam terlebih dahulu, jgn terlalu garing, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan cili kering dan bhn yg diblend tadi hingga naik bau dan pecah minyak
3.Masukkan kicap, sos tiram dan juga air ikut citarasa nk pekat mne.. sy suka pekat , jdi letak air dlm secawan je.
4.Masukkan bwg , cili padi dan cili besar yg di mayang.Gaul sekejap masukkan pula garam atau serbuk perasa.
5.gaul lagi hingga sebati ..api sederhana ye..
6.Masukkan ikn yg telah digoreng tdi..gaulkan.. kemudian biarkan seketika dlm 5 minit..
7.Angkat..sedia dihidang bersama hiasan buah tomato yg dipotong..

selamat mencuba

Resepi Sambal pedas ayam






Sambal pedas ayam
------------------------------




Resepi sambal pedas ayam

Bahan- bahan

----------------------
1. Ayam seekor guna sblah je, ptg ikut suka hati la ye
2. 2 helai daun kunyit ( racik halus )
3. Air asam jawa
4.cili kering yg dah diblend (5-6 sudu besar), nk pedas blh tambah lagi.
5. Garam dan serbuk perasa
6. Air


Bhn - bhn kisar ( blend)

------------------------------------
* segenggam cili padi ( sy guna 5-6 biji)
*10 biji bwg merah
*4-5 biji bwg putih
* 2 inci halia
* 2 inci lengkuas
* 2 inci kunyit hidup
*4 btg serai


Cara-cara
---------------
( sy suka ayam yg digoreng dlu ), blh juga xnk goreng...
1. lepas potong aym..cuci..gaul dgn serbuk kunyit dan garam..
( xpyh perap terus goreng je, angkat,ketepikan).
2. Panaskan minyak, tumiskan cili kering yg diblend tadi bersama bahan2 kisar hingga naik bau dan garing.
3.Masukkan air masak jika rasa perlu, jgn terlalu bnyk nnti kuah xpekat.
4.masukkan garam dan serbuk perasa, kemudian masukkan air asam jawa dan daun kunyit yg diracik tadi. gaul sekejap hingga bahan sebati..
5.Tambah garam atau perasa jika masih kurang.kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
6.Teruskan gaul ayam hingga sebati dgn bahan tdi, biarkan seketika dlm 5-6 minit. Angkat
7.Sedia dihidang..
Selamat mencuba



Saturday, December 5, 2015

Matte mousse sunscreen

Assalamualaikum..

Matte mousse sunscreen from Sendayu Tinggi... ape tu ??

Haa..tgok gmbr dlu la..nnti bru citer..



Ok ni la rupa packaging dia... cntik kn. ^_^
matte mousse sunscreen ST ni ialah krim perlindungan dan bedak asas utk kulit , ada SPF 30 utk protect skin drpd sinar UVA dan UVB. Selain tu krim ni jugak utk kembalikan warna kulit yg xsekata, utk mengimbangi minyk pd wjh dan jadikan kulit cerah sepnjg hri..Krim ni sesuai jugak untuk kulit yg normal, kombinasi dan berminyak..Tapi kebanyakkan testimoni suggest utk kulit berminyak 
Berat dia hnya 10g shje.. 




Sebenarnya sy pun bru je pkai mousse matte ni... tapi mmg sngt sngt best...!!! Tekstur dia smooth je.. bila apply kat muka xde rase ape.. mmg ringan.. lps apply matte mousse ni sy pkai doll skin foundation.. serius xheavy pun kat kulit..
Just apply sikit je..
Warna dia mcm wrna natural cmtu.. 
recommended for oily skin .. 
Umm..mmg jtuh hti la kat produk ni..lps ni rsenya mousse matte and doll skin foundation mmg wajib ade la sentiasa..haha.. 

wajib cuba k... !!! 






Thursday, December 3, 2015

Donut coklat ( versi satey)


Resepi Donut coklat





Bahan-bahan
---------------------

- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar mentega
- 5-6 sudu gula pasir
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis jnma mauripan
- 1 biji telur


Cara- cara
----------------
1. Cairkan mentega, ketepikan

2. Gula dan susu disatukan di dlm air suam, kacau sehingga gula larut, masukkan 1 paket yis ke dlm air suam dan kacau lagi hingga larut, bila dah larut, biarkan seketika dlm 10  minit.

3.pukul telur sebijik,campurkan dengan mentega yg dicairkan tdi.

4. Selepas 19 minit, yis akan naik berbuih2, liht sprti dlm gmbr... cmpurkan mentega dan telur tdi ke dlm yis tersebut..kacau hingga sebati.

5. Kemudian masukkan campuran yis ke dlm mangkuk tepung gandum.. kcau dendan senduk kayu..dan biarkan adunan slma 45 minit.

6. Selepas 45 minit..adunan akan naik mengembang..tapi adunan mmg agak lembik..jdi semasa nk bulatkan adunan pastikan tepung ditgn ada.. supaya adunan tdk melekat...

7.sebelum bulatkan adunan..sediakan minyak utk menggoreng.. pastikan api kecil.. selepas bulatkan atau leperkan terus masuk dlm minyak , alih donat slalu..supaya warna donut sekata..

8. Selepas goreng donut hingga habis , sediakan coklat topping utk donut,
Topping coklat ( coklat masakan + mentega + susu pekat), satukan semua dlm bekas, guna kaedah double boil...

9. Selepas siap topping , salut semua donut tersebut dan tabur coklat rice diatasnya..cucuk donut dgn lidi ..siap

10. Note  :
Jgn sesekali tambah tepung ke dlm adunan wlaupun adunan tu lembik, klau tmbh nnti donut jdi keras sbb terlampau byk tepung ..cuma bykkn tepung ditgn supaya senang utk leperkan atau bentukkan...
Donut thn 3 hari...jika simpan dlm peti ais...

Selamat mencuba...^_^
Jgn takut nk mencuba.. try and  error tu biasa bgi yg pertama kli mencuba..
hihi..








Jeruk mangga asam boi


Resepi jeruk mangga asam boi

Jeruk mangga asam boi

Jeruk mangga asam boi



Jeruk ni rse dia masam manis pedas

Bahan2
------------
-Mangga/ pauh yg blum masak
 ( 12 biji saiz kecik)
-Asam boi sepeket ( 10 biji )
- cili padi ( 5-6 biji)
- gula
 ( lebih kurang 10 sudu, nk bgi manis)
- 1 biji limau kasturi
-setengah gelas air panas

Cara2
---------
1. Potong pauh/ mangga kecik, bersihkan.
2. Masukkan mangga tdi dlm mangkuk besar.
3. Perahkan limau kasturi ke dlm mangkuk mangga tdi masukkan setengah gelas air panas...
4.masukkan gula, asam boi dan cili padi yg telah dipotong halus  ke dlm mangkuk.
5.gaulkan mangga dan bhn tdi dengan senduk kayu..hingga sebati..
6.dah sebati   masukkan dlm tupware dan simpan dlm peti ais... tunggu hingga 5-6 jam..
7.siap utk dimkn.. hihi

Okay..selamat mencuba yuolls
Simple je..tpi sedapppp...
Cuba nah..


Wednesday, December 2, 2015

Kek coklat kukus moist


Resepi kek coklat kukus moist
( pakai sukatan cawan )


Bahan2....


Bahan A
------------
- 1 cwn serbuk koko
- 1 cwn minyak msk
- 1 cwn gula
- 1 cwn susu cair
- 1/2 cwn susu pekat

Bahan B
------------
- 1 cwn setengah ( 1 1/2) tepun gandum
- 1 sudu soda bikarbonat
- 1 sudu baking powder

Bahan c
-----------
-1 sudu mkn esen vanilla
-3 biji telur ( jgn guna yg dlm peti ais)

Bahan Topping:
-----------------------
-coklat masakan
- sedikit mentega
- susu pekat

Hiasan cake:
-------------------
-coklat rice

Cara- caranya :
**************

1. Ayak semua bhn B dan ketepikan

2.Masukkan bhn A ke dlm periuk, dan kacau hingga sebati dgn menggunakan api kecil..dah sebati angkat dan sejukkan.

3.Pecahkan telur dlm mangkuk besar, pkul hingga kembang , masukkan bhn A tadi bersama esen vanilla ke dlm mangkuk telur sambil kacau hingga sebati.

4.kemudian masukkan bhan b iaitu tepung yg diayak bersama soda bikorbonat dan baking powder, terus kacau hingga sebati dlm 5-6 minit.

5.Sapukan mentega pada seluruh bhgian dlm loyang, tuangkan adunan kek tdi, pastikan kukusan dipanaskan terlebih dhulu.

6. Wrap loyang dgn menggunakan aluminium foil, supaya wap air tidak kena pada adunan kek.

7. Bila air kukusan dah pnas mendidih ..masukkan loyang kedlm kukusan, biarkan dlm 1 jam 15 minit.Guna api sederhana.. n jgn buka kukusan tu hingga sblum masanya..

8.bila dah masak angkat dan biarkan sejuk seketika..kemudian barulah kluarkan kek tersebut dari loyang..

9.untuk topping kek, masukkan coklat masakan , mentega dan susu  pekat dlm loyang.. blh masukkan ke dlm kukusan tdi.. hingga coklat cair dan sebati..bila dah sebati semuanya, angkat.. tuangkan ke atas kek tdi.. dan blh hiaskan dengan coklat rice atau ikut kesukaan masing2 . kemudian brulah masukkan kdlm peti ais.. siap...

note * topping guna kaedah double boil... jgn terus panaskan coklat atas api direct... nnti coklat hngus... sebaiknya blh guna kukusan tdi slpas mengukus kek.. mudah kn..

Selamat mencuba ^_^











Tuesday, December 1, 2015

Nasi goreng cili kering

Nasi goreng cili kering

breakfast utk husband ^_^


Bahan- bahan
---------------------
Nasi putih semangkuk
( nasi dri peti ais , tpi jgn letak bhgian beku..haha) simpan sblum nk tdo.. so pgi blh amik goreng..

Cili kering (yg dah blend)
Bwg besar
Bwg putih
Cili padi
Sos tiram
Kicap
isi ayam potong dadu
Sawi
Daun sup
Garam secukup rasa

Hiasan.. timun & sosej

Cara2
-----------
1.Bwg besar , bwg putih , cili padi..
Mayang halus..*
2. Panaskan minyak, tumiskan bhn * yg telah dimayang tdi
3. Bila bwg dah naik bau..masukkan 3 sudu besar cili kering.. masukkan isi ayam yg dipotong dadu..kacau sebati.
Kemudian masukkan kicap dan sos tiram( 1 sdkecil).
4.Perlahankan api, tunggu ayam masak..dlm 5-6 minit, bila bhn tdi da masak..masukkan garam secukup rasa.. kacau sekejap..masukkan nasi putih
5. Gaul nasi tu hingga sebati.. masukkan sawi dan daun sup.. gaul dlm 5 minit. okay siap..angkat.
6. Hidangkan bersama hiasan timun dan sosej  ..

Selamat mencuba ^_^



Mee goreng


Resepi mee goreng...



Bahan- bahan
----------------------

Sebungkus mee kuning
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Sos tiram
Kicap
Isi Ayam potong dadu
Telur ayam
Garam
Gula

Hiasan --- hirisan timun, cili padi, daun sup dan limau kasturi

Cara- cara
----------------
1. Basuh mee kuning .toskn dan ketepikan dlu..
2. blender sebiji bwg besar sederhana saiz dan 2 ulas bwg putih.
3. Pastikan cili kering yg diguna sudah diblend.
4. Panaskan minyak , masukkan cili kering 4 sudu besar dan bwg yg telah diblend tadi. Tumis hingga naik bau
* blh kurangkan cili kering jika xnk pedas
5.Bila da naik bau  masukkan isi aym yg dipotong dadu...
6.Bila ayam da hampir masak.. masukkan kicap dan satu sudu kecil sos tiram..garam dan gula secukup rase.. gula dlm 1 sudu je sy letak..
7. Biarkan sekejap sambil gaul2.. api sederhana..
8. Kemudian pecahkan telur dlm kuali tdi.. dlm 2 biji... biarkan hingga masak.. jgn kacau..
9. Bila da hampir masak, kacau sekejap dan masukkan mee kuning .. gaulkan hingga sebati.. dlm 6-7 minit.. api sederhana... da nmpk mee tu sebati ok siap...
10. Boleh angkat..hidangkan bersama hiasan sperti timun , daun sup, cili padi dan limau kasturi..

* klau nk mee basah lgi..pastikan blend bwg besar lebih sedikit dan tambah air ketika masukkan isi ayam..dan lebihkan sos tiram utk lebih pekat.

Selamat mencuba..  ^_^

Ayam goreng berlada kering


Resepi ayam goreng berlada kering


Okey ayam ni ayam goreng biasa je...
Tapi yg ni sy panggil ayam goreng berlada kering...
Ayam ni sesuai mkn dengan lauk yg berkuah.. cth sayur air.. sayur lemak ke.. sbb ayam goreng kering kn...
Klau nk mkn ngan nasi pnas pun best juga..hihi...

Okey ni sy kongsi resepi nyer..

Bahan- bahan
-----------------------
Ayam ( sebelah ) potong kecil2
1/2 biji bwg besar yg di blend *
5 / 6 sudu cili kering yg dah dimesin*
1/2 sudu kecil belacan *
garam secukup rasa...*
Kiub pati ayam seketul *
1 sudu besar serbuk kunyit *

Cara2
---------
1. Masukkan bahan 2 yg bertanda * ke dlm mangkuk besar , gaulkan hingga sebati...
2.Kemudian masukkan ayam yg sudah dipotong dan dibersihkan ke dlm mangkuk..gaulkan hingga sebati..
3.perap ayam dlm 1/2 jam .. 15 minit pun blh klau nk cpt... klau perap lme lagi best..
4. Goreng ayam hingga garing ..
5. Angkat..toskan dan hidangkan..
6.siap utk dimkn...
7. Kenyang..alhamdulillah..^_^ hihi

Simple je haa.. slmat mncuba ye...

note : klau blend bwg besar ..jus bnyk..blh tapis amik bwg je..jus dia buang.. nnti klau jus terlalu byk..bhn perap jdi cair.. tu yg xbest tu.. klau rajin blh la tumbuk bwg besar tu..hihi


Sunday, November 29, 2015

Resepi Nasi Ayam


Resepi nasi ayam

* utk 4-5 org mkn skli hidang


resepi nasi ayam



Bahan- bahan
---------------------
3 cwn nasi
Seekor ayam sederhana
kiub pati ayam maggi
Bwg besar
Bwg putih
Halia
Mentega
Daun pandan
Daun sup
Bawang goreng
Perencah sup
Kicap
Sos tiram
Garam
Air
Sos tomato
Cili besar
Cili padi
Cuka
Cara2...
-----------
1. Bersihkan ayam..Potong 4 bhgian..
2. Masukkan ayam dlm periuk berserta air ( make sure air byk..sbb air rebusan nk guna utk masuk dlm nasi dan buat sup ) + kiub pati ayam maggi seketul +garam + seinci halia & seulas bwg putih ( diketuk).
3. Rebus aym sehingga da msk.. ( jgn terlalu lama nnti aym tu nk digoreng). Angkat dan toskan. Air rebusan ketepikan dlu.
4. Ayam yg direbus tadi .. perapkan dgn sos tiram + kicap + garam. Biar dlm setengah jam..
 5. Ok..now utk nasi plak...
3 cwn beras dibasuhkan..dan
ditoskan..Panaskan periuk atas api..
bila da pns masukkan 4 sudu mentega ..biar cair .. kemudian...
Masukkan 2 inci halia dan 3 ulas bwg putih ( yg ditumbuk).
6.Tumis hinga naik bau..
Masukkan beras tdi dan kacau sekejap..masukkan daun pandan , 4 cawan air rebusan aym tdi dan masukkan juga seketul kiub pati aym dan garam secukup rase.. make sure garam msuk time air xkering lagi.. sbb nk bgi meresap dlm nasi..
7. Bila nasi da hampir masak..pindah dlm rice cooker ..on cook .. hinggalah nasi masak..
8.Kemudian time masak sup plak..
Guna air rebusan aym tdi... panaskan atas api .. masukkan 1/2 bwg besar yg di mayang..rempah sup 1 sudu atau sup bunjut..kemudian garam secukup rasa...Msk sekejap dan angkat..
* daun sup dan bwg goreng masukkan time nk hidang je nnti..
9. Lepas siap sup, goreng plak ayam yg diperap tdi .. goreng api sederhana dan jgn terlalu garing..  angkat toskan .. kemudian potong ikut besar mne yg korg suka...
10.now time to buat sos pedas nasi ayam.. ( 3 /4 biji cili besar + 3biji cili padi+ 2 ulas bwg putih+3 sudu cuka+ sedikit air) blend smpai hncur.. masuk dalam mangkuk + sos tomato dlm 3 sudu besar dan garam secukup rasa.. dlm secubit je... siap
11.utk ulam plak blh guna salad, bua tomato dan timun..
12. Hidangkan ...Siap utk mkn
Hee..okey slmat mncuba...



Saturday, November 28, 2015

Happy anniversary mr. & mss yg ke 2


Assalamualaikum..

Alhamdulillah 10.10.2015
Da msuk 2 thn kwin ^_^

To my precious husband..
 MOhd Al-Hafiz     
happy wedding anniversary !!!... 
for the second year..hihi
 i want you to know .. i will never forget.. the day that we were became husband and wife ..the day was definitely one of the happiest days of my life.. you are the most caring husband in my life and handsome guy and too adorable to me.. ^_^
thank you for everything that you did in my life and i want to say sorry because of my imperfection as your wife.. i try to be better wife for you..
and
  i love you..

Kalau cinta biar cinta sampai syurga
InsyaAllah
Kesayanganku dunia akhirat







Celebrate dirumah je..
Celebrate bertiga
Simple
Cake coklat kukus moist
Homemade cake by chef aan
Decoration cake by chef mr.husband
^_^
---------

* nnti akn upload resepi dlm blog..
So blh la curik.. view resepi dlm blog ni ye..!!!



Friday, November 27, 2015

Happy birthday Muhammad Iman Danish 1 year


Assalamualaikum ...
Welcome september... ^_^
Alhamdulillah..

September Bzday geng.. 
imN & ummie..

Iman 7 sept
Ummie 23 sept
.. 
Happy birthday to us 
daddy iman jeles lerrr tu.. ^_^

Yeayyy iman da msuk setahun..
Smbut bersama la ngan imn 
simple smbut bertiga..xsempat nk buat mkn2 dan doa slmt..
Kek pun kirim dri rkn sekerja husband.. dri bintulu.. 
Kirim secret recipe .. tpi xde plak....dpt kek biasa.. tpi syukur la tq ye kwn encik suami .. 






Doa dari ummi & daddy ...
Moga iman danish jadi org yg beriman yang cinta kpd Allah dan kekasihNya,cintakan islam dan menjadi pejuang agama ..ank yg soleh .. dan moga sentiasa mendapat kasih syg dariNya serta dilindungiNya dan sentiasa dlm keredhaanNya..

Ummi n daddy love you ^_^

Thursday, November 26, 2015

Welcome to new hometown... Belaga,sarawak


27.5.2015 fly to sarawak
1 year ...finally back to sarawak again..

Hihi... kejap je mse berlalu, sebenarnya mmg berat hati nk tinggal kampung halaman ... tapi bila teringat suami yg jauh.. rse sedih je..
Thiz time mmg kena ikut juga..
korbankanlah niat nk kerja tu... ada yg lebih penting dari kerja... 

sblum raya lgi suami da book tiket utk kami ^_^... nmpk sngt kn.. nk isteri dan ank berada disisi.. yerla sape sanggup berjauhan...

So lps je rye.. kmi terus prepare apa yg ptut.. yg pertama kena buat passport utk bb imn danish... pi amik gmbar dlu..nsib tak nngis.. diam je duk ats kerusi...biasa klau tgok org xkenal mesti nngis... haha...

Da settle semua passport .. mula la kje packing baju dan brg yg nk dibwk.. pling byk baju..!!!

Bila da smpai tarikh nk fly.. my family .. mak ayh mentua dan saudara belah husband pun dtg utk hntar kami di airport...  kdg sebak gk hti ni ..tpi nk buat mcm mne... redha jerla rezeki suami di sana dan pling bimbang nk bwk imn sbb ni first time si iman naik flight... mmg serius bimbang tkut si iman menangis sbb terkejut ke apa... nsib ade suami tenangkan kita... ^_^……Hihi

sepatutnya kami naik flight malaysia airlines... mas... tapi blh plak last minute diorang punye staff dtg mintk kami turun ... disebabkan xckup tali pinggang  keselamatn utk bb.. padahal kami booking tu da sertakan skli ade bb.. cuai nyer mereka.. diorang punyer pujuk kami ..ckp nnti akan tanggung tiket flight firefly dri terengganu ke subang..dan dari subang dorg akan tanggung kos teksi utk ke klia.... downg ckpla flight ni xkan berlepas selagi xde yg sanggup turun.. time tu rse nk marah sngt.. dahla bb iman tgh tdo.. last2 kami sanggup jugak turun disbbkan kesian kat diorang...umm apela nasib.. huu..

Kesian bb iman tgh tdo kena plak bngun.. nsib dia baik je tak meragam hritu.. time naik flight seterusnya pun tdo...smpai subang bru bngun.. dlm teksi plak pun syoknyer dia duk ngan daddy dia.. yg ummie iman plak siap tertdo lagi dlm teksi...Haha....

Bila dah smpai klia.. waa leganya..bru dpt mkn.. tunggu flight strusnya plak ptg..pkul 4 ..kami lepak kat kfc..suap imn ..lpstu mndikan iman dlm toilet.. hihi.. sempat lagi.. kesian kat imn ..nk bgi dia selesa sbb nnti nak naik flight ke bintulu dlm 2 jam lebih..syukur sngt iman xmenangis langsung.. siap duk gelak2 lagi ats riba daddy dia.hihi...
Alhamdulillah da smpai bintulu ..kami tdo di hotel semalaman..tengahri esoknya brulah naik hilux ke belaga ...

Umm mls nk citer la jln ke belaga tu..mcm roller coaster la.. nak nak bila naik hilux..bergegar la satu bdn ni..dahla lebih kurang 4 jam nk kesana.. kesian ank kecik kami... syukur la imn tdo lme.. kjp je bngun ..suap mkn..minum..then tdo blik...
Fuhh lega bebenor bila smpai...hihi ^_^
Alhamdulillah ..Allah selamatkan perjalanan kami...

Now .... welcome to new hometown Belaga...!!!
Bermulalah hidup keluarga kecil kami disini..
^_^







c u soon terengganu...
We will miss u
:'(




Tuesday, November 24, 2015

Slmat hari rayer.. 2015


Assalamualaikum mr.blog..
Mcm biasa la time xde kje ni.. nk menaip skit ...kli ni nk throwback psal hri raya thn ni ...^_^

raya kli ni rse mcm lgi special hihi... 
Sbb ape yg special tuh... ?? 
First nk say Alhamdulillah... sbb Allah dah kurniakan hrta x ternilai.. harta dunia akhirat.. syukur..

Yippie rye thn ni da bergelar ibu.. dgn kehadiran seorang khalifah Allah bernama Muhammad imn danish.. :)
Jadi..thn ni rayer bertiga la.. ngee.. thn lps pun raye bertiga gk tpi dlm perut.. yg nih da kluar da..
Raya pertama la buat si iman danish..

Raya thn ni pun nk jugak bju sedondon ank brank ...
Pilih kler royal blue... mula 2 order bju mlyu romper dlm instagram utk si imn danish .. lps 2 minggu org tu pulang blik duit ..dia ckp tkut supplier xsempat nk buat... umm..nk buat cmne da xde rezeki.. xpela kita xmrh pun..sbb budk tu okay je sopan ..at least dia inform awl n cept2 pulang duit.. siap byk kli say sorry... it's okay la .. xperlu la nk mrh org kn.. hihi.. 

Last 2 bju raya iman beli kat karnival jualan hri rye kat Terengganu Trade City... nsib ade bju mlyu bb.. 
Ummi si iman plak beli online je.. simple je jubah abaya kosong... hrga pun okay..n shawl raya beli dlm instagram ...Abis nk beli online...!!! 
Haa..haa.. 
Daddy si imn plak bkn main beli bju Melayu Aaron Aziz tuh ....!! Brape kdai cri bju melayu dia..mengalahkn ummi iman ... kita ikut ja dia.. last2 berkenan juga dihati .. kat jakel dataran austin ... kain pun ok..  Lps rye dia ckp ape.. nnti klau nk cri bju melayu cari kat jakel je la.. hihihi..nmpk sngt suka ngan bju mlyu tu... :)))) geli hti kita.. 

Da settle bju raya daddy imn.. msuk plak kedai anakku..cri bju rye si imn .. blh thn juga mhl.. mcm jnma bb kiko...nsib ade diskaun... haha..

Thn ni pgi rayer dirumah belah perempuan..hii...😃😃😃
Nsib la dpt org terengganu kn.. 
Dekat je.. ^_^ 

Sesi bermaaf maafan ..hihi








^_^ 
Selamat Hari Raya
&
# jgn lupa saudara kita yg dlm kesusahan..sedang kita bersuka ria tpi ada yg sedang beduka.. doakanlah mereka...





Saturday, November 21, 2015

Happy birthday Husband


Selamat ulang thn kelahiran yg ke 28 buat suami tercinta..moga sentiasa dalam keredhaanNya serta bersama rahmat dan kasih syg dariNya.. 

Iloveyou Mohd al-hafiz

So this time smbut bzday hubby lmbt sbb pjj.. dia blik kg bru dpt wat suprise...
Sorry ye =(

Smbut time bln puasa.. 
Nasib pi tempah kek awal.. 
Ptg tu pi amik kek,tgok dlm kedai dah  xde kek... huu nsib pi tempal awl 3 hri..hihi.. lps tempah kek terus pi cari hadiah plak.. Da settle beli bungkus semua lega..alhamdulillah..hrp mr.hubby kita suka la hdiah tu..




^_^
Simple...
Sambut berdua je
Bb iman dah tdo time nih
____________
Hppy bzday husband




Friday, October 23, 2015

Asma ul Husna 99 Nama Nama Allah



Asma ul Husna 99 Nama Nama Allah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.

Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.

Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

  • 1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
  • 2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
  • 3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
  • 4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
  • 5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
  • 6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
  • 7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
  • 8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
  • 9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
  • 10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
  • 11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
  • 12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
  • 13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
  • 14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
  • 15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
  • 16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
  • 17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
  • 18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
  • 19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
  • 20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
  • 21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
  • 22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
  • 23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
  • 24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
  • 25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
  • 26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
  • 27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
  • 28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
  • 29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
  • 30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
  • 31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/  Maha Mengetahui.
  • 32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
  • 33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
  • 34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
  • 35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
  • 36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
  • 37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
  • 38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
  • 39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
  • 40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
  • 41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
  • 42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
  • 43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
  • 44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
  • 45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
  • 46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
  • 47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
  • 48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
  • 49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
  • 50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
  • 51.  Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
  • 52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
  • 53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
  • 54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
  • 55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
  • 56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
  • 57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung  / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
  • 58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
  • 59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
  • 60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
  • 61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
  • 62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
  • 63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
  • 64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
  • 65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
  • 66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
  • 67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
  • 68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
  • 69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
  • 70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
  • 71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
  • 72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
  • 73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan  / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
  • 74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
  • 75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
  • 76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
  • 77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
  • 78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
  • 79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
  • 80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
  • 81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
  • 82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
  • 83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
  • 84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan  / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
  • 85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan  / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
  • 86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
  • 87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
  • 88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
  • 89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
  • 90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
  • 91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya  / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
  • 92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
  • 93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya  / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
  • 94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
  • 95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan  / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
  • 96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
  • 97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi  / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
  • 98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
  • 99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.


Thursday, October 22, 2015

Resepi mee rebus


Resepi mee rebus
mee rebus siap..mkn panas2..
baru sedap
hehe .nk nk time hujan kn.. milo tu cik suami yg buatkan :)


Bahan- Bahan
------------------
Sebungkus mee kuning
1 biji bwg besar sdrhana  *tumbuk@blend
2 ulas bwg putih   *tumbuk@blend 
2 sudu besar lada hitam  *tumbuk@blend
isi ayam potong dadu
bebola ikan
sawi
lobak
air secukupnya
garam secukup rasa
kiub ayam
daun sup
bwg goreng


Cara-cara
------------
untuk mee:
basuh mee kuning
celur mee dalam air mendidih dan toskan.

untuk kuah :
1, Panaskan minyak , tumis bahan yang ditumbuk
2.Selepas naik bau, masukkan ayam dan bebola ikan,, tumis sebentar
3. Masukkan air secukupnya garam dan kiub ayam .
4. Tunggu hingga mendidih
5. Perlahankn api, masukkan sawi lobak @ sayuran 
6.Tutup api
7.Boleh dihidangkan bersama daun sup dan bwg goreng.



Resepi Mee Hong Kong


Resepi Mee Hong Kong


Resepi Mee Hong Kong



Bahan-Bahan:

Sebungkus mee kuning
2 biji telur
semangkuk isi ayam potong dadu
2 ulas bawang putih *dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup *dihiris
seikat sawi *dihiris
3/4 kobis bulat *dihiris
sebatang lobak merah *dihiris
air secukupnya
Garam secukup rasa
*optional blh letak bhn 2 steamboat klau suka

Cara Memasak:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan ayam, Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

5.  Masukkans awi, kobis,dan lobak merah.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati. Boleh dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saup serta cili potong.

Wednesday, October 21, 2015

Telur Bungkus Inti Daging




Telur Bungkus Inti Daging



Bahan - Bahan
------------------

untuk kulit 
- 3biji telur
- secubit garam

untuk inti
-Daging cincang semangkuk kecil
- Buat tomato sebiji ( potong dadu )
- Bawang Besar 1/2 biji ( cincang halus )
- lada hitam
- lada sulah
- garam secukup rasa

 Cara - cara
---------------
1. Buat inti dahulu..
2. Panaskan minyak tumis bwg besar hingga naik bau, masukkan daging cincang, lada hitam dan lada suluh, ikut citarasa masing2. goreng sehingga daging masak.
3. Setelah daging masak, masukkan pula buah tomato yang dipotong tadi sekejap beberapa minit dan masukkan garam , tutup api. Angat dan ketepikan
4. Untuk kulit pula..kalau ada boleh guna kuali leper..sy guna kuali biasa
 ( nk cantik pakai kuali leper)
5. Pukul telur dengan garam hingga sekata
6. Panaskan minyak sesudu.. guna api kecil pegang tepi kuali pusing pusingkan kuali supaya minyak sekata , bila minyak da panas, tuangkan telur yg dipukul tadi.. sambil pusingkan kuali.. saya dapat 2 kulit dgn menggunakan 3 biji telur tdi... 
7. Sila tengok contoh gambar dibawah , setelah kulit da siap letakkkan inti dan sos ke atas telur dan gulungkan.
8. Siap dan sedia di makan...
9. Selamat mencuba












Tadaa.. ni ha telur bungkusnyer ..
ikut suka la nk lipat mcm mne..asalkan inti duk kat dalam..hihi

^_^



FOLLOW @sendayutinggi_beauty

Copyright © Design by nurfarhan