STATUS UPDATED!
Assalamualaikum...Jom sama sama berdoa untuk saudara islam kita yg ditindas.. Pray for ALEPPO..Pray for GAZA..
cik aan: May 2010

Menu

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Siti Fatimah r. a.









Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satusatunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a. wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anakanak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar bijibiji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. 

Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.Berkata Rasulullah s. a. w. dengan katakata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." 

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :
1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.


Kubur






Hanya Ingin Mengingatkan ... 

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .... 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 


  

Tuesday, May 25, 2010

SIKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG




" Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar? Mereka menjawab :"Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang ".(S.Al-Mudatdathsir 42,43). 

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA: 
 Allah kurangkan keberkatan umurnya.Rezekinya dipersempitkan oleh Allah Tidak ada tempat baginya diisi agama Islam.Doanya tertolak.Hilang cahaya soleh dari wajahnya.Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT: 
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.  

SIKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR:
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.Kuburnya akan digelapkan.Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat. 

SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT:
Ia akan dibelengu dan diseret ke padang mahsyar oleh malaikat.Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka. 

NISBAH DOSA BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG SETIPA WAKTU 

SUBUH: Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka 

ZUHUR: Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam. 

ASAR: Dosanya seperti meruntuhkan kaabah 

MAGHRIB: Dosanya seperrti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (Jika perempuan) 

ISYAK:Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa ia mencari bumi lain.

Keistimewaan Wanita






Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 




Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....
janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam



  • Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam
  • Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada. 
  • Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.
  • Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit
  • Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
  • berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj. 
  • Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.
  • Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. 
  • Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
  • Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. 
  • Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.


Monday, May 24, 2010

Islam Dan Cinta


Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anakanak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. 

Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain..

Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. 

Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

 Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.
Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya. 

Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. 

InshaAllah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu.
Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.


my personal ig @nurfarhan.aan

Copyright © Design by nurfarhan